More

    HUAWEI Watch 3 Series dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar premium bermula RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini telah melancarkan siri jam tangan pintar terbaru iaitu HUAWEI Watch 3 Series yang dilengkapi rekaan premium serta pelbagai fungsi kesihatan yang canggih. Siri jam tangan ini terdiri daripada HUAWEI Watch 3 dan HUAWEI Watch 3 Pro, kedua-duanya dilengkapi sistem operasi HarmonyOS 2 terbaru.

    HUAWEI Watch 3 dilengkapi roda di sekeliling badannya (rotating crown) yang boleh diputar untuk berinteraksi dengan menu di dalam jam tangan tersebut. Buat mereka yang menginginkan rekaan mirip jam tangan mewah pula, HUAWEI Watch 3 Pro dibuat dengan badan titanium dan seramik untuk memberikan penampilan yang sangat menawan.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 21 hari dalam Ultra-long Battery Life Mode atau lima hari dalam Smart Mode. Ia juga menyokong kemudahan eSIM, membenarkannya untuk membuat panggilan tanpa memerlukan telefon pintar.

    Daripada segi kesihatan, siri HUAWEI Watch 3 dilengkapi sensor oksigen dalam darah SpO2, kadar degupan jantung, waktu tidur dan pengukur stres. Untuk kegunaan sukan pula, pengguna boleh manfaatkan fungsi GPS untuk menjejak prestasi mereka dalam hampir 100 jenis sukan.

    Jam ini juga boleh membuat tugasan lain seperti menghantar amaran SOS, merakam nota suara (voice notepad) dan membuat panggilan melalui aplikasi MeeTime. Ia turut dilengkapi sensor pengesanan jatuh (fall detection) di mana ia akan menghubungi kenalan terdekat jika pengguna didapati telah terjatuh secara tiba-tiba.

    HUAWEI Watch 3 akan dijual pada harga RM1,699 dan mereka yang membuat pra-tempahan pada 25 Jun hingga 6 Julai akan menerima fon telinga wayarles FreeBuds 3i dan HUAWEI Easy Fit 2 secara percuma.

    Sementara itu, HUAWEI Watch 3 Pro pula dijual pada harga RM2,199 dan setiap pra-tempahan dalam tempoh yang sama akan menerima fon telinga wayarles FreeBuds 3 dan gelang tangan HUAWEI Easy Fit 2 secara percuma.

    Pra-tempahan boleh dibuat di HUAWEI Store Online, Shopee, Lazada atau Senheng. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured