More

    HUAWEI WATCH 5 dilancar di Malaysia, lengkap dengan fungsi kesihatan X-TAP bermula RM1,799

    HUAWEI Malaysia hari ini memperkenalkan jam tangan pintar baharu iaitu HUAWEI WATCH 5. Ia menampilkan pelbagai fungsi kesihatan terkini seperti Multi-sensing X-TAP bagi bantu anda jalani gaya hidup sihat, serta memudahkan tugasan harian.

    Jam tangan ini ditawarkan dalam dua varian utama iaitu HUAWEI WATCH 5 42mm dan HUAWEI WATCH 46mm. Untuk varian 42mm, ia ditawarkan dalam pilihan warna Sand Gold dan Beige, manakala untuk 46mm hanya ditawarkan dalam warna ungu sahaja. Kedua-duanya menggunakan besi tahan karat 904L, namun varian 46mm sahaja menggabungkan material perak bertaraf aeroangkasa.

    Selain itu, ia juga ditawarkan dalam varian besi tahan karat 316L untuk mereka yang inginkan reka bentuk lebih kompak. Kacanya pula dibuat daripada spherical sapphire glass yang kukuh. Tali jamnya terdiri daripada tiga pilihan iaitu titanium, fluoroelastomer dan bahan komposit yang menyerupai kulit.

    Satu teknologi baru yang terdapat pada jam tangan ini adalah Multi-sensing X-TAP Technology yang menggabungkan electrocadiogram (ECG), photoplethysmography (PPG) dan tactile sensor ke dalam aliran yang lebih kemas, membuatkannya lebih tepat berbanding jam lain yang sekadar menggunakan imbasan pergelangan tangan.

    Dengan menekan lama pada sensor X-TAP selama tiga saat, pengguna boleh mulakan penilaian kesihatan lengkap yang melaporkan 10 metrik penting seperti keragaman kadar degupan jantung (Heart Rate Variability), kesihatan emosi dan tahap oksigen dalam darah. Penilaian ini boleh dilakukan dalam 60 saat sahaja.

    Ia juga mempunyai fungsi ukuran fingertip blood oxygen (SpO2) yang menyediakan keputusan tepat setiap 10 saat.

    Untuk panggilan telefon, ia menyokong fungsi eSIM bagi memudahkan penggunaan tanpa telefon sewaktu membuat panggilan. Ia juga dilengkapi bateri yang boleh digunakan dalam dua mod iaitu Standard (4.5 hari untuk model 46mm dan 3 hari untuk model 42mm) atau Battery Saver (11 hari untuk model 46mm dan 7 hari untuk model 42mm).

    Berikut adalah harga HUAWEI WATCH 5 untuk pasaran Malaysia:

    "
    "
    • 42mm, besi 316L, putih: RM1,799
    • 42mm, besi 904L, beige: RM1,999
    • 42mm, besi 904L, sand gold: RM2,699
    • 46mm, besi 316L, hitam: RM1,799
    • 46mm, titanium, ungu: RM1,999
    • 46mm, titanium, perak: RM2,699

    Pra-tempahan kini dibuka di laman web rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Jika anda meletakkan deposti RM50, anda boleh dapatkan rebat sehingga RM70, fon telinga wayarles FreeBuds 5, akses Health+ selama tiga bulan dan hadiah percuma bernilai RM746.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tangan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured