More

    HUAWEI Watch Buds bakal dilancar: Jam tangan pintar dan fon telinga 2-dalam-1

    HUAWEI telah mengesahkan bahawa jam tangan pintar Watch Buds yang sepatutnya dilancarkan pada 2 Disember, kini ditangguhkan. Imej promosi jam tangan telah dikeluarkan dan berikut adalah beberapa gambaran reka bentuk HUAWEI Watch Buds.

    Pada pandangan pertama, Watch Buds kelihatan seperti jam pintar biasa dan mempunyai bezel yang agak tebal. Reka bentuknya kelihatan agak sama tetapi besar sedikit berbanding Watch GT standard. 

    Jika dibuka skrinnya ke atas, anda akan menemui sepasang fon telinga di dalam menunjukkan ia sebagai jam tangan pintar dua-dalam-satu. Selain itu, perisian yang digunakan adalah HarmonyOS.

    Berdasarkan tangkapan skrin daripada Evan Blass, muka jam kelihatan agak ringkas tetapi kami menjangkakan susun atur skrin jam yang lain telah dipra-pasang di dalam jam pintar tersebut.

    Seperti yang dinyatakan di atas, ia turut menyediakan fon telinga maka hayat bateri seharusnya perlu bertahan dalam jangka masa yang lama kerana ia memerlukan tenaga kuasa yang banyak. 

    Buat masa ini, tarikh pelancaran baharu masih tidak diketahui. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: HUAWEI Central

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured