HUAWEI Malaysia hari ini melancarkan seutas jam tangan pintar yang sangat canggih dan direka khas untuk bantu anda jaga kesihatan dengan lebih baik iaitu HUAWEI WATCH D2. Jam tangan ini mempunyai penjejakan tekanan darah yang diiktiraf oleh European CE (MDR) bagi menyediakan bacaan yang tepat pada setiap masa, serta sensor HUAWEI TruSense System untuk menjejak metrik kesihatan yang lain.
Jam tangan ini mempunyai pam dalaman dan beg udara kecil yang boleh mengembang bagi mengukur tekanan darah pemakai pada bila-bila masa. Ia juga boleh mengambil bacaan secara automatik pada waktu malam.
Ini merupakan jam tangan pertama dalam dunia yang mempunyai pengiktirafan untuk penjejakan tekanan darah (Ambulatory Blood Pressure Monitoring, ABPM) yang diiktiraf oleh Malaysian Medical Device Authority, National Medical Products Administration (NMPA) dan Medical Device Regulation (MDR).




WATCH D2 juga boleh mengukur elektrokardiogram (ECG), tahap oksigen dalam darah (SpO2), kadar degupan jantung, tahap stres, suhu kulit dan Pulse Wave Arrhythmia Analysis bagi menilai kesihatan pemakai dengan menyeluruh. Dengan satu sentuhan, anda boleh buka Health Glance untuk nilai kesihatan anda serta meneliti sebarang risiko kesihatan.
Sewaktu bersukan, jam tangan ini mempunyai 80 mod sukan untuk bantu anda kekal aktif. Ia juga menyediakan panduan untuk diet, tidur, stres dan pengurusan berat badan.
Ia mempunyai skrin berukuran 1.82 inci dan tali jam berwarna hitam atau emas. Ia boleh digunakan bersama telefon pintar Android atau iOS.


HUAWEI WATCH D2 akan dijual pada harga RM1,999. Pra-tempahan telah pun dibuka di laman web HUAWEI, Shopee dan Lazada, dengan baucar awal bernilai RM100. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah seperti HUAWEI FreeBuds Pro 2, HUAWEI Scale 3, HUAWEI WATCH D2 Strap, jaminan dua tahun dan perlindungan kerosakan secara tidak sengaja.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tangan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






