More

    HUAWEI Watch Fit 3 dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED 1.82″, pelbagai fungsi kesihatan dan pemakanan bermula RM599

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan jam tangan pintar yang terbaru iaitu HUAWEI Watch Fit 3. Ia merupakan peranti boleh pakai yang ringan dan menampilkan pelbagai fungsi kesihatan serta pemakanan yang baharu.

    Dengan slogan Fashion Squared, ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 1.82 inci berbentuk petak dengan rangka yang dibuat daripada aloi aluminium, dan pengguna boleh pilih antara tiga jenis tali jam iaitu getah fluorelastomer, nylon dan kulit (leather). Warna tali jam yang ditawarkan termasuklah hitam, putih, hijau, merah jambu, kelabu dan putih.

    Untuk fungsi kesihatan, ia menawarkan sehingga 100 mod sukan, terdiri daripada yoga hinggalah larian. Pengguna boleh gunakan fungsi cincin dalam aplikasi HUAWEI Health untuk menjejak kemajuan dalam setiap senaman.

    Ia turut mempunyai teknologi pemantauan kesihatan HUAWEI yang terbaru untuk penjejakan yang lebih tepat dalam ukuran degupan jantung, oksigen dalam darah (SpO2), analisis tidur, pengurusan stres dan penjejakan kitaran haid. Ia juga boleh menjejak kalori dalam makanan yang diambil.

    Bateri HUAWEI Watch Fit 3 boleh bertahan sehingga 10 hari.

    HUAWEI Watch Fit 3 akan dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM599 untuk tali jam fluoroelastomer dan RM699 untuk tali jam nylon atau kulit. Pra-tempahan sudah pun dibuka sehingga 17 Mei 2024 dan ia boleh didapati dalam laman web HUAWEI Malaysia, Shopee, Lazada atau Senheng. Pelanggan juga boleh mendapat hadiah bernilai RM89.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured