More

    HUAWEI WATCH FIT dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED 1.64″, pantau tidur dan jantung

    HUAWEI melancarkan HUAWEI WATCH FIT edisi khas di Malaysia, jam tangan pintar yang bergaya dan ringan hanya 21g dengan ukuran 10.7mm untuk kegunaan kecergasan yang diperibadikan.

    HUAWEI WATCH FIT edisi khas menampilkan paparan AMOLED 1.64 inci dengan nisbah skrin ke badan 70%. Ia mempunyai teknologi pemantauan tidur HUAWEI TruSleep 3.0 terkini, menjejaki pergerakan badan, kadar denyutan jantung, HRV (kebolehubahan kadar denyutan jantung) dan data fisiologi lain untuk menyediakan analisis tidur yang mendalam kepada pengguna.

    Selain itu, teknologi kadar denyutan jantung HUAWEI TruSeen 5.0 yang dinaik taraf dikuasakan oleh algoritma rangkaian neural AI termaju HUAWEI dan boleh mengukur tahap SpO2 dengan hanya satu bacaan. Daripada segi kecergasan lain, ia menawarkan lebih 100+ mod senaman yang berbeza dan GPS yang boleh menjejaki pergerakan anda dengan tepat tanpa perlu membawa telefon.

    Untuk meraikan pelancaran, HUAWEI menawarkan penebusan baucar awal eksklusif di laman web rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada. Dalam pada itu, HUAWEI WATCH FIT edisi khas akan dibuka untuk pra-pesanan dari 1 Ogos – 8 Ogos 2023. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan sarung pintar terkini pada harga di bawah RM300.

    Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, lawati laman web rasmi HUAWEI, Facebook atau Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...