More

    Huawei Watch GT 2e dilancarkan di Malaysia: Ketahanan dalam air sehingga 50m berharga RM599

    Jika anda seorang yang mementingkan kesihatan dan seorang yang bergiat aktif dalam sukan, anda pasti akan mempertimbangkan jam tangan pintar ini. Huawei kini melancarkan Huawei Watch GT 2e ke pasaran teknologi Malaysia, menampilkan ketahanan bateri yang berprestasi diiringi dengan ketahanan dalam air yang mengagumkan.

    Perkara pertama yang anda akan sedar adalah reka bentuk Watch GT 2e yang agak sama dengan Watch GT2. Perbezaannya hanya pada jangka hayat bateri yang boleh bertahan sehingga 2 minggu. Bukan itu sahaja, terdapat 100 mod senaman dengan penambahan mod baru seperti sukan panjat batu dan bermain skateboard.

    Apa yang menariknya, si pemakai boleh menggunakannya untuk berenang sedalam 50m dengan monitor degup jantung. Monitor degup jantung pada jam tangan pintar ini berupaya merekodkan waktu tidur dan stress anda, ditambah dengan kewujudan monitor SpO2 (tahap oksigen). Dari segi hiburan, anda boleh memainkan sehingga 500 lagu pada jam tangan pintar ini!

    Anda boleh membuat pra-tempahan untuk Huawei Watch GT 2e ini di laman web Huawei atau di Lazada pada 3-10 April di mana anda akan diberi hadiah bernilai RM69. Penghantaran dijangkakan akan bermula pada 11 April. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli jam tangan pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...