More

    Huawei Watch GT 2e dilancarkan – Ketahanan bateri 2 minggu, 50M bawah permukaan air berharga ~RM873

    Selain daripada mengumumkan telefon pintar terkini siri Huawei P40 dan beberapa aksesori, Huawei turut mengumumkan generasi baru siri Watch GT. Watch GT 2e telah diperkenalkan dan seperti yang dijangkakan, jam tangan pintar ini adalah untuk penggiat sukan yang serius untuk merekodkan aspek kesihatan mereka. Watch GT 2e ini berharga 199 Euro (lebih kurang RM873).

    Berkenaan fungsinya, Watch GT 2e lebih kurang sama dengan model sebelumnya. Jangka hayat baterinya boleh bertahan sehingga 2 minggu, terdapat 100 mod senaman dengan penambahan baru seperti sukan panjat batu, bermain skateboard dan sukan parkur. tentunya, pengguna juga boleh menggunakannya untuk berenang sedalam 50M dengan monitor degup jantung. Berkenaan monitor degup jantung, jam tangan pintar ini juga boleh memerhati waktu tidur dan stress, ditambah dengan kewujudan monitor Sp02 (tahap oksigen). Akhir sekali, yang menariknya pengguna boleh menyimpan sehingga 500 lagu.

    Bersama Watch GT 2e baru ini, Huawei juga melancarkan edisi baru Champagne Gold untuk Watch GT 2 )42mm). Harga untuk varian kulit dan warna putih adalah 249 Euro (~RM1,093) dan 229 Euro (~RM1,005). Huawei Malaysia pastinya bakal membawa masuk jam tangan pintar ini ke Malaysia, jadi teruskan bersama kami di TechNaveBM.com untuk berita Huawei terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured