More

    HUAWEI WATCH GT 4 dilancar di Malaysia: Sensor HUAWEI TruSeen 5.5+ dan TruSleep 3.0 bermula RM1,099

    Hari ini, HUAWEI Malaysia melancarkan peranti “Fashion Forward” yang pernah diumumkan di Barcelona pada 14 September lalu iaitu HUAWEI WATCH GT 4. Jam pintar ini dilancarkan untuk menjaga kesihatan pengguna sambil menawarkan perkakasan bezel keluli tahan karat untuk penggunaan yang lebih lama.

    HUAWEI WATCH GT 4 menawarkan dua pilihan saiz iaitu 46mm dan 41mm. Saiz 46mm menampilkan reka bentuk Octagon Splendor, menekankan kekuatan dan ketahanan, manakala versi 41mm mempunyai reka bentuk Loket anggun menyerupai perhiasan penyata. ia menggunakan skrin AMOLED 1.43 inci dengan 12 muka jam unik.

    Pengguna boleh memastikan kesihatan mereka dengan sensor yang dipertingkatkan seperti pemantauan jantung Truseen 5.5+ yang memberikan ketepatan 30% dan ketepatan 15% untuk tahap oksigen darah. Dalam pada itu, terdapat HUAWEI TruSleep 3.0 yang memantau tidur serta mengesan pernafasan pengguna semasa tidur.

    Selain itu, jam ini mempunyai Activity Rings untuk jejak aktiviti harian dan kalori yang terbakar dalam diri anda. Ia juga mempunyai Mod Sukan Professional dan lebih 200 kursus kecergasaran percuma. Satelit GNSS binaan dalam dengan nama Sunflower GPS telah dinaik taraf mampu memberi ketepatan lokasi yang baik.

    Baterinya berkapasiti 524mAh yang mampu bertahan selama 14 hari untuk penggunaan biasa dan menyokong pengecasan wayarles. Ia memberi empat pilihan warna iaitu perak, coklat, hitam dan hijau.

    Jam ini bermula pada harga RM1,099 boleh didapati di halaman rasmi HUAWEI dan Shopee dan ketahui lebih lanjut mengenai produk ini di Facebook atau Instagram. Mulai 8 Oktober, Shopee akan mengadakan Hari Jenama Super dan pengguna boleh menikmati tawaran eksklusif pada tali fluoroelastomer hitam HUAWEI WATCH GT4 46mm dan tali perak HUAWEI WATCH GT4 41mm secara eksklusif dengan beberapa produk HUAWEI yang lain.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...