More

    HUAWEI Watch GT2 Pro Edisi Porsche dibocorkan oleh seorang YouTuber!

    Seorang YouTuber bernama TechgarageNews telah melakukan kesilapan dengan memuat naik video buka kotak HUAWEI WAtch GT2 Pro edisi Porsche beberapa hari lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

    HUAWEI Watch GT2 Pro edisi Porsche dilihat mempunyai reka bentuk yang sama dengan Watch GT2 Pro edisi biasa secara menyeluruh. Perbezaannya hanyalah pada bahan yang digunakan dalam jam tangan pintar ini seperti tali jam tangan besi.

    Berdasarkan sumber, HUAWEI Watch GT2 Pro edisi Porsche ini akan hadir dengan telefon pintar siri Mate40 pada bulan hadapan. Jam tangan pintar ini akan dihasilkan dengan bahan yang premium termasuklah kristal jam tangan nilam (Sapphire), rangka titanium dan juga panel belakang seramik. Ini adalah spesifikasi penuh HUAWEI Watch GT2 Pro edisi biasa.

    • 1.39 Inci skrin sentuh AMOLED dengan perlindungan kaca jenis Sapphire
    • Cipset HUAWEI Kirin A1 + STL4R9
    • Bluetooth 5.1 untuk peranti Android 4.4 dan iOS 9.0 dan keatas.
    • Storan 4GB
    • Ketahanan air 5 ATM sehingga 50 meter.
    • Sokongan GPS
    • 100+ mod bersenam termasuk 17 mod profesional dan 85 mod custom
    • Sensor Accelerometer, sensor giroskop, sensor geomagnetik, sensor kadar jantung optik, sensor cahaya persekitaran, sensor tekanan udara dan sensor capacitive
    • Penjejakan kadar jantung degan TruSeen 4.0+, pemantauan tidur HUAWEI TruSleep, HUAWEI TruRelax dan penjejakan aktiviti harian
    • Dimensi : 46.7 x 46.7 x 11.4mm; Berat : 52g (tanpa tali)
    • Bateri 455mAh yang dapat bertahan sehingga 14 hari, pengecasan pantas wayarles

    Jadi, adakah anda berminat dengan jam tangan pintar ini? Kongsikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured