More

    HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN dilancar di Malaysia: Jam emas 18K dan penarafan 10ATM berharga RM13,999

    HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN turut dilancarkan pada hari ini bersama-sama peranti lain. Reka bentuknya yang anggun dan mewah menampilkan penyepaduan segmen emas 18K di tepi bezel seramik yang dilengkapi dengan ukiran watak berhias dengan teknologi Pemendapan Wap Fizikal. Mahkota ini mempunyai corak trapezoid 3D diukir dengan alat berlian, mencipta penampilan glamor dan tekstur berkilat.

    Untuk kesesuaian yang sempurna dan menambah keanggunan, anda boleh bertukar kepada tali rantai emas dan hitam. Dengan 12 tahap ketepatan pelarasan (1.45 mm setiap tahap) dan pelbagai jenis muka jam.

    HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN menawarkan bukan sahaja gaya tetapi juga daripada segi perkakasannya. Ia dilengkapi dengan penarafan kalis air 10ATM, sokongan aksesori menyelam 100 meter yang diperakui serta merekodkan data hayunan golf, memberikan pandangan untuk meningkatkan permainan anda.

    Untuk pengembara luar, jam tangan ini menawarkan mod Ekspedisi dengan kedudukan Dwi-Jalur Lima Sistem GNSS yang tepat di mana anda boleh menanda lokasi dan mencari jalan pulang dengan mudah. Walaupun ia menawarkan ukuran berkaitan kesihatan seperti ketepuan oksigen darah dan skor kualiti tidur, ia adalah untuk rujukan peribadi dan bukan untuk diagnosis perubatan.

    Hayat bateri jam tangan berbeza-beza berdasarkan tabiat penggunaan seperti penggunaan minimum mampu bertahan sehingga 14 hari, penggunaan biasa sehingga lapan hari dan penggunaan dengan paparan sentiasa hidup mampu bertahan sehingga 4 hari.

    Jam tangan itu hadir dalam kotak hadiah kulit hitam dengan dalaman coklat mewah dengan set lengkap perkhidmatan premium (waranti antarabangsa). Ia berharga RM13,999 boleh didapati di halaman rasmi HUAWEI mulai 14 Oktober 2023 dan ketahui lebih lanjut mengenai produk syarikat ini di Facebook atau Instagram.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured