More

    Hukum beri “rating” dan “review” tanpa menggunakan produk adalah haram

    Ramai di antara kita yang gemar memberi penilaian (rating) dan ulasan (review) di platform seperti Shopee walaupun barang belum sampai atau belum digunakan. Tujuannya? Nak kumpul Shopee Coins. Tapi tahukah anda, perbuatan ini sebenarnya bertentangan dengan hukum syarak?

    Memberi ulasan palsu tanpa pengalaman sebenar adalah satu bentuk penipuan. Ia bukan saja mengelirukan pembeli lain, malah menjejaskan integriti penjual yang benar-benar jujur. Dalam Islam, tindakan memperdaya seperti ini adalah haram dan dilarang. Shopee Coins yang diperoleh melalui cara ini juga dianggap tidak halal.

    Meskipun ganjaran itu datang daripada kontrak yang sah yang dikenali sebagai akad ju’alah, ia tetap terbatal apabila disertai dengan perbuatan menipu. Maka, Shopee Coins yang diperoleh hasil ulasan palsu tidak boleh digunakan dan sebaiknya dibiarkan luput. Kesimpulannya, jangan kejar ganjaran kecil hingga sanggup gadai nilai dan integriti.

    Hanya beri penilaian dan ulasan apabila anda benar-benar telah menggunakan produk tersebut. Kejujuran itu, walaupun tidak dapat Shopee Coins, tetap bernilai tinggi di sisi agama. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MuftiWP

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured