More

    Hulu dan Disney+ tidak lagi menyokong pembayaran melalui App Store

    Disney tidak lagi membenarkan pelanggan untuk mendaftar dan membeli langganan Hulu atau Disney+ melalui Apple Store. Hal ini adalah kerana untuk mengelakkan bayaran yuran langganan kepada Apple untuk penggunaan pembelian dalam aplikasi.

    Walaupun begitu, pelanggan Hulu dan Disney+ masih boleh menonton kandungan di peranti Apple dengan log masuk ke akaun mereka melalui aplikasi iOS. Disney mengarahkan pelanggan untuk melawat laman rasminya untuk melihat semua pelan dan mendaftar secara langsung. Apple mengenakan yuran antara 15 hingga 30 peratus bagi setiap transaksi untuk pembelian digital.

    Dengan menghapus pilihan pendaftaran melalui sistem pembelian dalam aplikasi, Disney tidak perlu membayar yuran kepada Apple dan akan diklasifikasikan sebagai aplikasi reader. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan penstriman bersama dengan kenaikan harga dan tindakan terhadap perkongsian kata laluan.

    Buat masa ini, Disney+ Hotstar di Malaysia masih menyokong langganan melalui App Store dan tidak ketahui bila ia akan dialih keluar. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumors

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...