More

    HyperOS 3: Xiaomi bakal lancar sistem operasi sendiri tanpa Google

    Xiaomi dilaporkan bakal melancarkan HyperOS 3 iaitu versi baharu sistem operasi yang tidak akan menggunakan sebarang perkhidmatan Google. Ini bermaksud, tiada lagi Google Play Store, Gmail, YouTube dan lain-lain dalam sistem ini. Sebaliknya, Xiaomi ingin membina ekosistem sendiri sama seperti HUAWEI yang memperkenalkan HarmonyOS selepas disekat Amerika Syarikat.

    Apa yang menarik, HUAWEI dan Kumpulan BBK (yang miliki OPPO, vivo dan OnePlus) juga dilaporkan menyokong usaha ini. Gabungan ini dilihat sebagai langkah strategik syarikat-syarikat China untuk bebas daripada kebergantungan teknologi Barat terutama jika berlaku sekatan tambahan dari Amerika.

    HyperOS 3 dijangka dilancarkan di pasaran China dahulu kerana di sana pengguna memang tidak bergantung pada perkhidmatan Google. Namun, cabaran besar ialah membina gedung aplikasi sendiri yang setanding Google Play Store yang mana HUAWEI sendiri masih belum berjaya capai sepenuhnya.

    Dengan HyperOS 3, Xiaomi juga dipercayai sedang membangunkan cip pemprosesan sendiri yang mungkin menggunakan teknologi 3nm. Ini membolehkan Xiaomi lebih berdikari daripada segi perkakasan dan perisian. Buat masa ini, belum ada tarikh rasmi diumumkan tetapi pelancarannya dijangka tidak lama lagi.

    Ini boleh menjadi permulaan kepada perubahan besar dalam dunia telefon pintar terutama daripada segi kuasa teknologi antara China dan Barat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ixbt

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured