More

    Hyundai Motor labur RM2.16 bilion, bakal buka kilang pertama di Malaysia

    Hyundai Motor akan membuka kilang pertamanya di Malaysia tahun depan dengan pelaburan bernilai RM2.16 bilion. Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ini adalah pelaburan terbesar pembuat kenderaan Korea Selatan itu di Malaysia dan akan menyediakan banyak peluang pekerjaan.

    Tambahnya, kilang ini akan menghasilkan tujuh model kereta dalam tempoh lima tahun dan akan dibuka di Kulim, Kedah tahun depan. Beliau berkata kepada media Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan.

    Selain itu, Anwar juga mengadakan pertemuan tertutup dengan syarikat gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor dan OCI Holdings. Lawatan tiga hari ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan.

    Tahun depan, Malaysia dan Korea Selatan akan meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malay Mail

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured