More

    Ikea boleh hantar ‘meatball’ dan karipap ke rumah anda dengan diskaun 15%

    Jika anda masih tidak tahu, gudang Ikea di Malaysia sememangnya tidak beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, Restoran Ikea masih beroperasi! Ikea memberi dua pilihan untuk anda terus menikmati makanannya, sama ada melalui penghantaran atau ambil di cawangan Ikea terdekat.

    Untuk penghantaran tempahan makanan anda, anda boleh memuat turun aplikasi Bungkusit di Google Play Store atau App Store. Kemudian, anda boleh memilih cawangan Ikea terdekat sebagai ‘pickup point’ dan memasukkan pesanan makanan anda. Pembayaran penghantaran melalui Bungkusit diberikan kepada rakan penghantar makanan anda. Untuk servis ‘tapau’ atau ambil di kedai, anda boleh ke cawangan Ikea terdekat. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat potongan diskaun sebanyak 15%! Berikut merupakan harga makanan sebelum pemotongan diskaun!

    Apa pun, anda diwajibkan untuk membeli bekas makanan JAMKA 1.1 liter berharga RM3.20 untuk mengisi makanan anda. Ikea tidak menerima sebarang pembungkus makanan lain untuk kebersihan dan mengelakkan jangkitan. Tempahan makanan ini dubuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke pautan ini.

    Adakah anda bakal menempahnya? Kami juga merindui suasana Ikea! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...