More

    Ikea Malaysia menarik balik pengecas USB Askstorm kerana kebimbangan keselamatan

    Disebabkan kebimbangan keselamatan yang berpotensi, syarikat perabot Sweden, Ikea telah menarik balik pengecas USB Åskstorm 40W berwarna kelabu gelap dengan nombor model ICPSW5-40-1.

    Dalam notis yang disiarkan di laman rasmi Ikea Malaysia, pihaknya menggesa semua pelanggan yang membeli pengecas USB supaya segera menghentikan penggunaannya dan mengembalikannya ke mana-mana kedai Ikea untuk bayaran balik penuh walaupun tanpa resit pembelian.

    Penarikan balik dibuat selepas mendapati bahawa kabel kuasa pengecas USB Åskstorm mungkin rosak atau pecah terutama apabila dililitkan pada pengecas atau dibengkokkan dalam tempoh penggunaan yang lama.

    Kabel yang rosak itu boleh menimbulkan potensi risiko terbakar daripada haba dan kejutan elektrik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Ikea di 03-7952 7575 atau layari laman rasmi Ikea Malaysia di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...