More

    Iklan HONOR 30 Lite tunjukkan skrin 90Hz, sokongan 5G dan kamera 48MP

    HONOR 30 Lite bakal dilancarkan pada petang ini di China, jadi HONOR sudah pun mengeluarkan sebuah iklan untuk telefon pintar tersebut. Dalam iklan itu, ia mengetengahkan ciri HONOR 30 Lite yang dilengkapi skrin berkadar segar semula 90Hz dan kadar sentuhan (touch sampling rate) 180Hz.

    Selain itu, video tersebut juga menunjukkan rekaan kamera di bahagian belakang yang merangkumi kamera utama 48MP, bersama kamera ultra-lebar 8MP serta sensor kedalaman 2MP, menurut maklumat daripada TENAA.

    Memandangkan ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 800, HONOR 30 Lite mempunyai sokongan 5G. Daripada segi memori, ia akan ditawarkan dalam RAM 4GB atau 8GB serta storan 64GB atau 256GB.

    Acara pelancaran HONOR 30 Lite akan diadakan pada 2 Julai, 2:30 petang waktu China (2:30 petang waktu Malaysia). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured