More

    Iklan siri Samsung Galaxy S22 bocor di Facebook sebelum pelancaran rasmi hari ini

    Dengan acara strim langsung Galaxy Unpacked yang akan diadakan malam ini pada jam 11 malam, terdapat banyak ketirisan maklumat mengenai siri Samsung Galaxy S22 dalam talian. Biasanya kami mendapat maklumat melalui sumber yang boleh dipercayai. Namun, kali ini nampaknya Samsung secara tidak sengaja telah mendedahkan rupa sebenar peranti mereka.

    Seperti yang anda boleh lihat daripada kiriman tweet dibawah, Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22 Ultra telah muncul dalam iklan di Facebook yang sepadan dengan imej yang tertiris sebelum ini. Malah stylus S-Pen juga merupakan sebahagian daripada imej dan agak jelas bahawa Samsung mungkin menggabungkan siri Galaxy Note dan Galaxy S22 bersama-sama.

    Tambahan pula, ia juga mempromosikan potongan harga sebanyak $200 untuk tempahan Samsung Credit yang serupa dengan tempahan dalam pasaran tempatan iaitu sebanyakRM200. Daripada segi spesifikasi, khabar angin mengatakan pasaran Malaysia mungkin mendapat varian Snapdragon 8 Gen 1 yang merupakan berita baik untuk peminat Samsung.

    Kapasiti memori mungkin meningkat kepada RAM 12GB dan storan 512GB manakala baterinya boleh mencapai sehingga 5000mAh. Samsung banyak menumpukan pada teknologi kamera dan perisian UI baharu.

    Sebagai peringatan, acara strim langsung pada 9 Februari 2022 (hari ini) bermula jam 11 malam ini di saluran YouTube Samsung Malaysia. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Twitter

     

    Artikel Terkini

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured