More

    Ikuti Apple, kotak Samsung S21 juga mungkin tidak hadir dengan pengecas dan fon telinga

    Pada awal bulan ini, Apple telah melakukan perkara yang agak mengejutkan untuk beberapa pihak selepas menyatakan bahawa mereka tidak akan sertakan lagi pengecas dan fon telinga di dalam kotak telefonnya atas dasar kepentingan alam sekitar.

    Kini, Samsung pula dikatakan akan mengikuti jejak langkah Apple ini. Sumber terbaru memberitahu bahawa peranti flagship terbaru Samsung yang akan datang ini juga tidak akan hadir dengan pengecas dan fon telinga.

    Ketiadaan aksesori ini di dalam kotak sebenarnya tidak memberi kesan yang besar terhadap alam sekitar. Hal ini kerana pihak Samsung akan tetap juga menghasilkan pengecas dan fon telinga untuk pengguna yang inginkan pengganti aksesori yang baru.

    Fon telinga AKG yang diberikan di dalam kotak telefon flagship Samsung tahun ini

    Walau bagaimanapun, kita perlu tunggu dan lihat jika Samsung benar-benar melakukan perkara ini. Samsung dijangkakan akan melancarkan telefon flagship terbaru mereka pada bulan Januari tahun hadapan.

    Lihat berita yang lepas mengenai Samsung Galaxy S21 yang akan datang ini.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti Samsung di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Android Authority

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...