More

    Imej 3D Samsung Galaxy S21 FE tertiris, tunjukkan rupa keseluruhan telefon

    Berita tentang telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) semakin mendapat sambutan baru-baru ini, kerana ia adalah antara telefon yang paling dinantikan pada tahun ini. Gambar yang menunjukkan rupa telefon tersebut telah pun tertiris dan kini sebuah imej 3D pula telah tertiris dalam media sosial.

    Pengkhabar berita teknologi Evan Blass telah berkongsi imej janaan komputer untuk Galaxy S21 FE yang menunjukkan telefon itu daripada pelbagai sudut untuk warna putih dan ungu. Berdasarkan imej tersebut, Galaxy S21 FE lebih menyerupai Galaxy A72 berbanding varian Galaxy S21 yang lain.

    Walau bagaimanapun, Galaxy S21 mungkin tidak akan dilancar di Malaysia. Laporan sebelum ini mengatakan telefon itu akan dihadkan kepada Amerika Syarikat dan Eropah sahaja kerana masalah kekurangan cip di seluruh dunia, menyukarkan Samsung untuk mengilangkan telefon itu dengan banyak.

    Galaxy S21 FE dikhabar akan dilancar pada 11 Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured