More

    Imej dan spesifikasi siri Xiaomi 13 didedah sebelum pengumuman tarikh pelancaran baharu

    Memandangkan pelancaran siri Xiaomi 13 telah ditangguhkan, Xiaomi memutuskan untuk memaparkan beberapa imej promosi untuk paparan hadapan dan kamera belakang peranti.

    Di laman web Komuniti Xiaomi, Xiaomi 13 dilihat memaparkan bingkai sisi rata seperti model iPhone semasa dan lubang tebuk di bahagian tengah atas menempatkan kamera swafoto. Menurut laporan, telefon ini menampilkan paparan OLED dengan nisbah skrin-ke-badan 93.3%. Ia juga dijangka mempunyai kadar penyegaran semula yang tinggi.

    Di bahagian belakang, Xiaomi 13 akan mempunyai kamera dengan lensa Leica. Kamera belakang dikatakan menggunakan sensor Sony IMX989 serta menyokong HyperOIS untuk penstabilan imej.

    Antara ciri lain yang dinyatakan termasuk konfigurasi memori sehingga 12GB + 512GB berdasarkan LPDDR5X dan UFS 4.0, mungkin menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan teknologi pengecasan pantas 120W.

    Namun, sehingga kini, kami masih tidak ketahui tarikh pelancaran baharu bagi siri Xiaomi 13. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Xiaomi Community

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured