More

    Imej janaan Apple Watch Series 7 tertiris dalam talian, lebih petak?

    Terbaru, sumber dalam talian telah menunjukkan imej janaan jam tangan pintar Apple generasi baru, Apple Watch Series 7. Jam tangan siri ini dikhabarkan akan hadir dengan reka bentuk baru yang menyegarkan.

    Melihat kepada imej janaan komputer untuk Apple Watch Series 7, ia dilihat mempunyai reka bentuk petak rata dan bukan lagi melengkung. Reka bentuk ini adalah seiring dengan bahasa reka bentuk yang Apple telah terapkan pada peranti mereka sejak akhir-akhir ini.

    Imej janaan ini juga menunjukkan warna hijau baru pada Apple Watch Series 7. Ini tidak mengejutkan kerana warna ini pernah digunakan pada iPhone 12 dan iPad Air baharu. Selain warna hijau, ia juga dijangka akan mempunyai warna biru, hitam, putih dan merah.

    Untuk spesifikasi, Apple Watch Series 7 dikhabarkan hadir dengan skrin 1.57 inci pada model 40mm dan skrin 1.78 inci pada model 44mm. Skrinnya juga jenis melengkung ke dalam rangka sama seperti generasi lalu. Ia juga dijangka akan dilengkapi cipset S7 yang menawarkan prestasi yang lebih baik.

    Pada masa yang sama, terdapat juga khabar angin yang menyatakan jam tangan generasi baru ini bakal hadir dengan sensor optikal yang mempu mengukur kadar gula di dalam darah.

    Adakah anda meminati Apple Watch Series 7 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured