More

    Imej janaan ASUS ROG Phone 6 didedah, hadir dengan kipas penyejuk baharu

    Sejak generasi pertama, aksesori kipas ROG Phone telah menjadi bahagian penting pada telefon tersebut. Ia juga menjadi lebih besar dan lebih canggih berbanding setiap generasi yang dihasilkan. Imej janaan yang didedahkan baru-baru ini menunjukkan bahawa ASUS sedang berusaha untuk menarik minat yang kuat kepada pada ROG Phone 6.

    Melihat pada imej, ia mempunyai warna hitam dan putih dan memiliki empat butang fizikal untuk tambahan kawalan dalam game. Ia agak besar sehingga aksesori tersebut menutup hampir keseluruhan reka bentuk belakang telefon.

    Ketirisan maklumat baru-baru ini juga agak selari dengan khabar angin yang tersebar di internet Bar LED telah dialihkan ke sebelah kanan dan mungkin ia akan menunjukkan pemberitahuan untuk panggilan, mesej dan lain-lain. Sumber mengatakan bahawa mungkin akan ada varian hitam juga.

    Selain itu, khabar angin mengatakan bahawa ROG Phone 6 bakal menampilkan sehingga RAM 18GB, storan sehingga 512GB, bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 65W dan bicu audio. Setakat ini, ASUS telah mengesahkan bahawa telefon itu dilengkapi dengan IPX4, kadar penyegaran 165Hz dan sistem penyejukan ruang wap yang lebih baik.

    ROG Phone 6 akan diumum pada 5 Julai 2022 jam 8 malam. Tonton strim langsung di Facebook dan YouTube rasmi ASUS Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured