More

    Imej janaan dan spesifikasi penuh Redmi Pad tertiris, bakal dilancar 4 Oktober ini

    Xiaomi sudah bersedia untuk melancarkan Redmi Pad bersama siri Xiaomi 12T pada 4 Oktober 2022. Beberapa hari sebelum pelancaran, senarai spesifikasi penuh dan juga imej janaan peranti telah didedahkan dalam laporan terbaharu.

    Berdasarkan sumber, tablet Redmi yang akan datang akan dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G99 yang dipasangkan dengan RAM 3GB atau 4GB. Bagi storan, Redmi Pad akan ditawarkan dalam pilihan storan UFS 2.2 64 atau 128GB.

    Tablet ini juga akan memaparkan paparan LCD 90Hz 10.61 inci dengan sokongan sehingga 400 nits kecerahan, nisbah kontras 1500:1, 10-bit warna dan resolusi 2000 x 1200 piksel. Bahagian hadapan tablet menempatkan kamera swafoto 8MP dengan medan pandangan 105 darjah.

    Terdapat juga kamera 8MP di belakang dengan sokongan autofokus. Spesifikasi lain termasuk Android 12 dengan sistem operasi MIUI untuk tablet dan pembesar suara Dolby Atmos. Kita hanya perlu menunggu beberapa hari untuk mengetahui dengan pasti spesifikasi dan reka bentuk tablet tersebut. Apakah pendapat anda tentang Redmi Pad ini?

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WinFuture

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured