More

    Imej janaan HONOR Play 5 muncul dalam talian, mungkin dilancar dalam masa terdekat

    Pada minggu lalu, HONOR telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan di China yang bernama HONOR Play 5T Youth. Kini, sumber dalam talian memberitahu bahawa HONOR akan perkenalkan sebuah lagi telefon pintar dari Siri Play iaitu HONOR Play 5. Terbaru, imej janaan telefon pintar ini telah muncul di dalam talian.

    Imej janaan HONOR Play 5 menunjukkan bahawa ia hadir dengan takuk titisan air untuk kamera swafotonya. Pada bahagian belakang, ia dilengkapi modul kamera petak yang menempatkan 4 kamera dan satu lampu kilat LED. Kamera utamanya adalah kamera 64MP.

    Pada bahagian atas pula, HONOR play 5 dilihat hadir dengan mikrofon dan slot kad SIM. Peranti ini dikhabarkan akan menyokong pengecasan pantas 66W, antara yang terpantas dari HONOR.

    Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai spesifikasi dan keberadaan peranti ini. Ia dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang lebih menarik berbanding Play 5T Youth.

    HONOR Play 5T Youth hadir dengan skrin 6.6 inci IPS LCD HD+, kamera kuad dengan kamera utama 13MP, cipset Helio P35, bateri 5,000mah dan menyokong pengecasan pantas 22.5W. Ia juga mempunyai sensor cap jari sisi dan dijual pada tanda harga 1,299 Yuan (~RM824).

    Nantikan berita lanjut mengenai HONOR Play 5 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured