fbpx
More

    Imej janaan HONOR X30i didedah, mungkin miliki Dimensity 900 dan bakal dilancar 28 Oktober ini

    HONOR membawa pesaing baharu dalam segmen telefon pintar iaitu siri Honor X30 iaitu HONOR X30i dan HONOR X30 Max. Seperti biasa mereka akan mendedahkan sedikit sebanyak mengenai peranti ini  melalui beberapa gambar. Hari ini terdapat gambaran mengenai reka bentuk HONOR X30i. Ia bakal memasuki pasaran bersama HONOR X30 Max pada hari Khamis, 28 Oktober ini.

    Seperti yang dilihat di Weibo, HONOR telah menyiarkan foto HONOR X30i yang bakal menggantikan HONOR X10 Max sebagai salah satu telefon pintar terbesar di pasaran. Peranti ini ‘ringan seperti angin’ dan nipis amat sesuai bagi mereka yang tidak menggemari telefon bersaiz besar.

    Berikut merupakan spesifikasi HONOR X30i:

    • LCD 6.7 inci
    • Penyegaran semula 90Hz dengan 2,388 x 1,090 piksel
    • Pemproses Dimensity 810
    • Kamera utama 48MP dan sensor 2MP

    Manakala, HONOR X30 Max dilengkapi dengan:

    • Skrin LCD 7.09 inci, penyegaran semula 120Hz
    • Kamera hadapan 8MP
    • Pemproses Dimensity 900
    • Port USB-C
    • Bicu audio 3.5mm
    • Pembesar suara
    • Pengimbas cap jari di sisi yang turut berfungsi sebagai butang kuasa
    • Bateri 5,000mAh, menyokong pengecasan 22.5 W
    • Kamera belakang, 64MP + 2MP
    • RAM 8GB dan storan 256GB

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina 

     

    Artikel Terkini

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X