More

    Imej janaan Nothing Phone (3a), Phone (3a) Pro tertiris menjelang pelancaran rasmi 4 Mac ini

    Menjelang pelancaran rasmi pada 4 Mac, rekaan penuh bagi Nothing Phone (3a) dan Phone (3a) Pro telah tertiris yang mendedahkan reka bentuk serta spesifikasi utama kedua-dua peranti tersebut. Menurut sumber, kedua-dua model mengekalkan estetika minimalis dengan sistem pencahayaan Glyph yang menjadi ciri khas jenama ini.

    Perbezaan utama terletak pada modul kamera belakang yang mana Phone (3a) menampilkan susunan kamera mendatar manakala versi Pro dilengkapi dengan modul bulat yang mengandungi tiga kamera termasuk lensa periskop untuk zoom optik 3x.

    Kedua-dua peranti dijangka hadir dengan skrin AMOLED 6.77 inci, cip Snapdragon 7s Gen 3 dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Pilihan warna yang ditawarkan termasuk hitam dan putih untuk Phone (3a) serta hitam dan perak untuk Phone (3a) Pro.

    Kamera hadapan juga berbeza dengan Phone (3a) menampilkan sensor 32MP dan versi Pro dilengkapi dengan sensor 50MP. Dengan pelancaran yang semakin hampir, pengesahan rasmi dan butiran lanjut mengenai spesifikasi serta harga bagi kedua-dua model ini akan diketahui kelak.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Nothing Phone (3a) dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured