More

    Imej janaan OnePlus Nord 2 tertiris, reka bentuk seakan OnePlus 9

    OnePlus mula memasuki ke telefon segmen kelas pertengahan pada tahun lalu dengan OnePlus Nord. Kini, setahun kemudian, OnePlus dikhabarkan akan melancarkan generasi kedua peranti tersebut, OnePlus Nord 2. Terbaru, imej janaannya telah tertiris dalam talian dan reka bentuknya dilihat seperti OnePlus 9.

    Imej janaan tersebut menunjukkan reka bentuk yang hampir sama dengan OnePlus 9 terutamanya pada modul kamera berbentuk petak. Perbezaannya hanyalah pada kedudukan kamera ketiga dan lampu kilat LED. Kedudukan logo OnePlus juga adalah sama seperti telefon OnePlus 9.

    Bahagian depan peranti ini pula menggunakan skrin dengan punch hole di atas kiri dan ia dijangka hadir dengan sensor cap jari bawah skrin. Pada sisinya, ia dilihat masih mengekalkan slider untuk kawalan bunyi dan tiada bicu audio 3.5mm.

    Untuk spesifikasi pula, sumber sebelum ini menyatakan bahawa Nord2 mungkin akan dikuasai oleh cipset Mediatek Dimensity 1200 bersama RAM 8GB. Ia juga dikhabarkan akan menggunakan skrin AMOLED 90Hz, kamera utama 50MP, kamera swafoto 32MP dan bateri 4,500mAh.

    Peranti ni mungkin akan dilancarkan pada hujung bulan September (atau lebih awal lagi).

    Adakah anda meminati peranti OnePlus? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured