Salah sebuah syarikat pengeluar telefon pintar iaitu OPPO bakal melancarkan sebuah lagi telefon baharu. Telefon tersebut ialah OPPO A45s yang mana imej janaannya telah tertiris di internet melalui sebuah sumber.
A45s dijangka merupakan versi OPPO A54 yang dinaik taraf yang telah dilancarkan pada Mac 2021 yang lalu. Imej tersebut menunjukkan A54s memiliki skrin paparan LCD IPS HD+ 6.52 inci dengan reka bentuk titisan air (waterdrop) pada takuk kamera yang mempunyai resolusi 8MP.

OPPO A45s hadir dengan pembaharuan daripada segi penetapan kamera yang mana ia mempunyai sensor kamera utama 50MP berbanding model sebelumnya iaitu A54 dan A16 hanya mempunyai sensor 13MP sahaja. Peranti ini juga mempunyai sensor makro 2MP.
A54s akan dilengkapi cipset MediaTek Helio G35, RAM 4GB, storan dalaman 128GB dan Color OS 11 beroperasi atas Android 11. Ia akan tersedia dalam dua warna iaitu Pearl Blue dan Crystal Black. Walaupun kami tidak pasti mengenai tarikh pelancarannya, A54 dijangka dijual di Eropah dengan harga € 219 (~RM1,050).
Beberapa maklumat yang dikeluarkan untuk OPPO A54s termasuk maklumat harga di pasaran Eropah adalah masih belum pasti. Bila-bila masa sahaja OPPO boleh mengubah ketersediaan, penetapan harga serta nama peranti.
Buat masa ini, tiada acara pelancaran OPPO yang dijadualkan dan kami akan terus mengikuti perkembangannya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina






