More

    Imej janaan realme 9i terdedah, miliki SD 680 dan skrin 90Hz

    realme sedang bersedia untuk melancarkan siri 9 awal tahun depan dan menurut khabar angin, ia akan terdiri daripada empat model. Model yang paling murah ialah realme 9i. Hari ini, beberapa sumber telah mendedahkan beberapa lagi maklumat mengenai paparan dan beberapa butiran tambahan tentang telefon itu.

    Ia akan mempunyai paparan 6.5 inci berkemungkinan besar LCD IPS memandangkan pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Maklumat yang tidak disahkan menunjukkan bahawa ia akan mempunyai resolusi 1080p+ dan ia akan berjalan pada kadar segar semula 90 Hz.

    Telefon ini didakwa akan dikuasakan oleh cipset 6nm Snapdragon 680 yang diumumkan baru-baru ini dengan modem LTE. Ini bermakna tiada 5G pada telefon termurah dalam siri 9. Selain itu, ianya dikatakan akan datang dengan Android 11 dengan paparan antara muka UI realme.

    Bagaimanapun, imej tersebut menunjukkan bicu audio 3.5 mm di bahagian bawah bersama pembesar suara dan port USB-C. Port itu akan digunakan untuk mengecas bateri 5,000 mAh namun butiran mengenai kelajuan pengecasan masih belum didedahkan. Terdapat tiga kamera di belakang. Kamera utamanya mempunyai sensor 50 MP.

    realme 9i, realme 9, 9 Pro dan 9 Pro+ (atau Pro Max) dijangka dilancarkan dalam tempoh tiga bulan pertama 2022. Khabar angin tentang 9 Pro/9 Pro+ mengenai imej janaan yang tertiris mendedahkan bahawa telefon itu akan dilengkapi Snapdragon 870 dan 120 Hz OLED.

    Adakah anda menantikan realme siri 9 ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured