More

    Imej janaan siri Samsung Galaxy Tab S8 tertiris, dedahkan reka bentuk dan spesifikasi

    Terdapat banyak khabar angin mengenai siri Samsung Galaxy Tab S8 sebelum ia dilancarkan. Kini, terdapat imej janaan yang tertiris yang mendedahkan beberapa spesifikasi dan reka bentuknya.

    Imej tersebut telah dikirimkan di Twitter melalui salah satu sumber yang dipercayai yang melihatkan siri Tab S8 dan Tab S8 Plus akan menggunakan bezel tebal, manakala Tab S8 akan datang dengan bezel yang lebih nipis.

    Bagi paparannya pula, tablet ini dijangka hadir dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan varian standard akan menggunakan panel LCD 11 inci manakala Tab S8 Plus dan Tab S8 Ultra akan menampilkan panel OLED dengan paparan 12.4 inci dan 14.6 inci.

    Ketiga-tiga model Galaxy Tab S8 dijangka akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 gen 1 Qualcomm dan varian Ultra akan dikuasakan bateri berkapasiti 12,000 mAh yang menyokong pengecasan 45W.

    Selain itu, Tab S8 Ultra dijangka hadir dengan dwi kamera hadapan dengan sensor 8MP + 5MP. Ini merupakan gambaran awal tentang Samsung Galaxy Tab 8 yang bakal dilancarkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured