More

    Imej janaan vivo X70 Pro+ tertiris, miliki kamera Zeiss dan skrin kedua

    Siri vivo X70 mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Terdapat banyak maklumat spesifikasi dan imej janaan yang telah tertiris di internet tentang telefon ini. Kini, terdapat khabar angin tertiris tentang salah sebuah model dari siri vivo X70 iaitu vivo X70 Pro+.

    Melalui imej janaan yang tertiris, bahagian belakang vivo X70 Pro+ mempunyai tiga kamera yang berkedudukan secara menegak dan logo Zeiss. Zeiss merupakan salah sebuah syarikat yang menghasilkan lensa kamera yang berkualiti tinggi.

    Selain itu, imej janaan itu juga mendedahkan bahawa terdapat dua perbezaan antara vivo X70 Pro dan X70 Pro+. Yang pertama, X70 Pro+ mempunyai paparan skrin yang melengkung di bahagian sisi. Yang kedua, bahagian belakang X70 Pro+ mempunyai skrinn bersebelahan dengan kamera.

    Apa pun kami masih belum menerima maklumat rasmi daripada vivo mengenai telefon ini. Adakah anda menantikan vivo X70 Pro Plus ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured