More

    Imej palam pengecas 240W tertiris, mungkin hadir bersama realme GT Neo 5

    Pengecasan telefon pintar terus berkembang dengan teknologi dan piawaian baharu yang ditetapkan sepanjang masa. Sebelum ini, Redmi Note 12 Pro telah dilancarkan dengan pengecasan telefon pintar terpantas dunia dengan 210W dan kini realme sedang bersiap sedia untuk menyaingi pengecasan tersebut dengan pengecas 240W.

    Ia dijangka tiba tidak lama lagi dengan realme GT Neo5. Menjelang pengumuman rasmi, imej sebenar pengecas telah muncul dalam talian mendedahkan reka bentuk dan beberapa butirannya. Imej menunjukkan palam dengan nombor model VCKCJACH. Ia membawa teknologi SuperVOOC dan menunjukkan kuasa 20V pada arus 12A.

    Pengecas kelihatan lebih besar sedikit daripada pengecas standard. Hal ini adalah kerana pengecas pantas memerlukan komponen kuasa yang lebih besar. Laporan mendedahkan ianya menggunakan penyambung USB-C dengan rintangan yang lebih rendah dan juga menggunakan wayar yang lebih tebal untuk membolehkan penghantaran kuasa arus tinggi.

    realme menggunakan cip E-Marker dalam peranti yang boleh menghapuskan risiko ketika pengecasan. Kelajuan pengecasan yang lebih tinggi boleh dikaitkan dengan lebih banyak haba yang berpotensi merosakkan telefon atau baterinya. Bagaimanapun, realme dikatakan telah melaksanakan lima lapisan perlindungan keselamatan untuk mengatasi risiko ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mydrivers

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured