More

    Imej rasmi vivo X Flip muncul, miliki skrin penutup lebih besar

    vivo X Flip dijangka tiba bulan ini pada acara pelancaran bersama-sama vivo X Fold2 dan vivo Pad 2. Telefon boleh lipat ini muncul dalam beberapa foto dan paparan yang bocor sebelum ini. Hari ini, imej rasmi vivo X Flip telah didedahkan oleh pelakon China Wang Ziwen.

    Gambar tersebut telah dikirim di Weibo mendedahkan paparan yang besar, pulau dwi-kamera dan versi ungu corak berlian timbul. Imej mendedahkan terdapat skrin penutup dari hujung ke hujung dengan sudut melengkung sedikit.

    Pulau kamera bulat menempatkan dua kamera dan logo Zeiss manakala denyar LED berada di sebelah kanan. Trend semasa untuk telefon pintar adalah mempunyai sisi rata tetapi X Flip masih mengekalkan badan yang sedikit melengkung pada keempat-empat sisi.

    Ukuran bagi X Flip tidak dapat ditentukan namun ia dijangkakan akan menggunakan skrin boleh lipat 6.8 inci di bahagian dalam. Acara pelancarannya masih belum diumumkan tetapi kita tunggu pengacah rasmi yang seterusnya daripada vivo.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured