More

    Imej realme 9 Pro+ terdedah, miliki ciri warna berubah mengikut cahaya

    realme 9 Pro+ akan tiba pada 16 Februari ini dan varian Sunrise Blue-nya menampilkan rekaan warna yang berubah mengikut cahaya matahari. realme sebelum ini telah berkongsi video rasmi tetapi imej yang dikongsi oleh pekerja realme kini memberi kami pandangan yang lebih baik pada telefon sebelum dan selepas ia bertukar warna.

    Gambar yang menunjukkan model dengan warna Sunrise Blue mempunyai corak berkilauan pada bahagian belakang dengan reka bentuk seperti komet. Bonggolan kamera kekal biru. Beberapa foto turut mengesahkan kehadiran bicu fon kepala 3.5mm, port USB-C, mikrofon dan pembesar suara pada bahagian bawahnya.

    realme belum lagi mendedahkan spesifikasi lengkap 9 Pro+ tetapi syarikat itu telah mendedahkan beberapa ciri termasuk cipset Dimensity 920, Realme UI 3.0 berasaskan Android 12, skrin AMOLED, pengimbas cap jari bawah paparan dan ciri pemantauan kadar denyutan jantung. Kamera utamanya akan menggunakan sensor unit Sony IMX766 50MP dengan OIS.

    realme juga dijangka akan memperkenalkan realme 9 Pro pada hari Rabu depan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured