More

    Imej Samsung Galaxy Z Fold 5 dedahkan paparan penutup lebih besar, reka bentuk tanpa celah

    Galaxy Z Flip 5 adalah salah satu peranti yang bakal dilancarkan pada 26 Julai ini dalam acara Galaxy Unpacked Samsung. Beberapa laporan telah mendedahkan bahawa peranti itu akan dilengkapi dengan paparan penutup terbesar yang dilihat pada siri Galaxy Z Flip. 

    Laporan sebelum ini mendedahkan bahawa skrin muka penutupnya akan dioptimumkan untuk menjalankan beberapa aplikasi Google seperti YouTube, Peta Google dan Messages. Kini, salah satu sumber yang boleh dipercayai mendedahkan imej baharu yang memaparkan keupayaan baharu skrin penutup Z Flip 5.

    Imej Galaxy Z Flip 5 yang tertiris mendedahkan reka bentuk tanpa celah, paparan penutup akan menyokong widget seperti kalendar, aplikasi mesej dengan sokongan papan kekunci penuh, dompet Samsung, status masa dan bateri, cuaca serta sejarah panggilan. Skrin penutupnya juga menyokong aplikasi kamera. 

    Seperti yang dilaporkan, Galaxy Z Flip 5 akan hadir dengan skrin AMOLED FHD+ 120Hz boleh lipat 6.7 inci, cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 12GB, storan sehingga 512GB, bateri 3,700mAh dengan pengecasan pantas 25W, pengimbas cap jari sisi dan Android 13 berasaskan One UI 5.1.1.

    Ia akan menampilkan kamera swafoto 10MP dan bahagian belakangnya mempunyai kamera utama 12MP dengan OIS + ultra lebar 12MP. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9TO5Google

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...