More

    Imej vivo X Flip didedah, mungkin tampilkan kamera bulat dan skrin landskap pada panel luaran

    vivo X Fold2 akan dilancarkan dalam bulan ini bersama telefon lipat vivo X Flip. Khabar angin pada beberapa bula lalu mengatakan X Flip akan membawa engsel mendatar dan kini, imej peranti tersebut telah didedah melalui akaun Stesen Sembang Digital di Weibo.

    Bahagian luar telefon baharu itu akan mempunyai pulau kamera bulat dengan logo Zeiss dan paparan landskap yang mengambil separuh ruang hadapan. Imej yang dipamerkan menunjukkan warna ungu seperti Samsung Z Flip4 dengan corak berlian yang boleh dilihat.

    Imej itu tidak begitu terperinci dan kami tidak dapat mengesahkan sama ada engsel berlipat rata atau terdapat sedikit ruang. Buat sementara ini, maklumat yang didedahkan dalam penyenaraian dan penanda aras sebelum ini adalah panel di bahagian dalam akan mempunyai resolusi 1080p, cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan RAM 12GB.

    Kami hanya menunggu maklumat seterusnya menjelang pelancaran dalam bulan ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...