More

    India bakal menyekat aplikasi dari China termasuk Xiaomi

    Baru-baru ini, berlaku ketegangan antara antara China dan India di kawasan sempadan negara mereka sehingga menyebabkan kematian beberapa askar. Ketegangan tersebut kini mengakibatkan pegawai perisik India (Indian intelligence officials) untuk melarang beberapa aplikasi telefon pintar yang disyaki mempunyai risiko keselamatan.

    Aplikasi yang berprofil tinggi seperti TikTok dan game, Clash of Kings juga dimasukkan di dalam senarai tersebut. Sebelum ini, kerajaan India telah melarang aplikasi perkhidmatan persidangan video, Zoom disebabkan kerisauan atas risiko keselamatan aplikasi tersebut.

    Dalam senarai itu juga terdapat beberapa aplikasi Xiaomi iaitu Mi Community dan Mi Store. Kedua-dua aplikasi tersebut adalah sangat berguna untuk maklum balas pengguna serta penjualan produk ekosistem Xiaomi.

    Senarai tersebut mempunyai 53 aplikasi dari China dan pelarangannya telah di sokong oleh majlis keselamatan negara India. Kerisauan ini bukan sahaja tentang kebocoran data tetapi juga mungkin digunakan untuk melemahkan keadaan rangkaian jika berlaku lagi ketegangan pada masa hadapan.

    Agensi perisikan telah menasihat kerajaan untuk melarang semua aplikasi tersebut tetapi sehingga kini masih belum terdapat sebarang pengumuman rasmi tentang hal ini.

    Adakah larangan ini bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured