More

    India mungkin keluarkan separuh iPhone di seluruh dunia menjelang 2027

    Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Apple telah memindahkan sebahagian daripada pembuatannya untuk siri iPhone 14 ke India dan bukan lagi China. Kini, laporan baharu menunjukkan bahawa syarikat itu terus melabur di India kerana separuh daripada keluaran iPhone dijangka akan dikeluarkan di negara itu menjelang 2027.

    Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, India hanya mengeluarkan kurang daripada lima peratus iPhone di dunia dan meramalkan akan membangunkan 25 peratus daripada jumlah iPhone menjelang 2025. 

    Walaupun China masih menjadi gudang pembuatan utama Apple, gangguan berkaitan Covid-19 menjejaskan pemasangan peranti. Bukan itu sahjaa, hubungan Amerika Syarikat dan China yang tidak begitu baik menyebabkan syarikat itu memindahkan pengeluaran daripada negara itu. Dengan isu ini, Vietnam juga mendapat manfaat dalam pembuatan peranti Apple.

    Pembekal China sudah mula merasakan kesan langkah Apple untuk mengalihkan pengeluaran keluar negara. Sebagai contoh, Goertek, pembuat bahagian akustik untuk fon telinga AirPods Apple dan peranti lain di wilayah Shandong di timur China selama dua tahun dilaporkan anggaran pendapatan 2022 berkurang kira-kira sebanyak 60 peratus.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured