More

    India rancang untuk haramkan aset digital, mata wang kripto seperti Bitcoin

    Dalm industri mata wang digital atau mata wang kripto, Bitcoin merupakan nama yang agak sinonim dengannya. Terkini, India dilapor merancang untuk melaksanakan sekatan terhadap mata wang kripto dan aset digital.

    Larangan oleh kerajaan India ini selari dengan agenda kerajaan untuk menyekal mata wang virtual swasta seperti Bitcoin dalam membina kerangka mata wang rasmi di negara tersebut. Jika larangan ini dilaksanakan, India adalah negara pertama yang bakal mengharamkan mata wang digital.

    Menurut perancangan larangan tersebut, pesalah akan diberi masa maksimum enam bulan untuk membubarkan semua aset digitalnya. Jika tidak, pesalah akan dihukum. Hukumannya bagaimanapun masih tidak diselaraskan memandangkan larangan ini masih dalam perancangan untuk dijadikan undang-undang.

    Di India, jumlah transaksi penyertaan dalam industri mata wang kripto semakin meningkat walaupun kerajaan sudah memberi amaran mengenai larangan ini. Terdapat kira-kira 100 bilion Rupi (~RM5,665,597 juta) aset digital yang dipegang oleh pelabur mata wang digital di India.

    Sebenarnya, Malaysia juga tidak terkecuali untuk penglibatan dalam mata wang kripto seperti Bitcoin. Namun, masih tiada larangan atau sekatan terhadap mata wang digital ini di Malaysia.

    Beritahu pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured