More

    InDrive dan Maxim diarah untuk hentikan operasi di Malaysia bermula 24 Julai ini

    Dua syarikat e-hailing popular, InDrive dan Maxim, telah diarahkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk menamatkan operasi mereka di Malaysia mulai 24 Julai 2025. Perintah ini dikeluarkan kerana kedua-dua syarikat gagal mematuhi syarat pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat.

    Pelanggaran syarat ini membolehkan APAD membatalkan lesen mereka mengikut Seksyen 12D Akta 715. Namun, mereka masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan dan keputusan muktamad akan ditentukan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

    Tindakan ini menyusul selepas aduan daripada Persatuan Penghantar Malaysia yang mendakwa platform ini tidak mengikuti peraturan dan menjejaskan keselamatan pengguna. Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuklah:

    • Pemandu tanpa lesen PSV sah
    • Tiada insurans e-hailing dan pemeriksaan kenderaan
    • Kenderaan tanpa permit EVP yang sah

    Pengguna dan pemandu e-hailing di bawah dua platform ini perlu bersedia dengan perubahan besar termasuk beralih ke platform sah lain jika rayuan gagal. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured