More

    Industri EV di China bakal hancurkan Barat, Elon Musk mahu sekatan perdagangan

    Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk memuji kepantasan dan kecekapan industri automotif China dengan potensi untuk meninggalkan pesaing. Tesla telah menyaksikan penurunan sahamnya selepas laporan pendapatan suku tahunan akibat kelembapan ekonomi. Ini adalah tambahan kepada prestasi Cybertruck yang kurang memberangsangkan.

    Elon Musk menimbulkan ketegangan dengan mendakwa bahawa industri automotif China akan memusnahkan pembuat kereta lain jika tidak dikenakan sekatan perdagangan global. Industri EV (Electrik Vehicle) meletakkan China jauh di hadapan jika dibandingkan dengan pasaran lain.

    Pembuat kereta di China memanfaatkan komponen asas utama untuk menghasilkan EV mampu milik dan tahan lama memberikan mereka kelebihan tawar-menawar yang lebih tinggi. Elon Musk bagaimanapun membangkitkan kontroversi bahawa industri EV China boleh menghancurkan pembuat kereta lain jika tiada sekatan perdagangan yang berkaitan.

    Kemasukan EV China di pasaran seluruh dunia telah membawa kepada dakwaan kemungkinan memadamkan pasaran domestik. Hal ini menyebabkan beberapa negara mengenakan tarif dan peraturan perlindungan bagi mengelak daripada dibanjiri oleh EV murah China.

    Tesla menjadi pembuat kereta asing pertama yang membuka kedai di China tanpa perlu mengadakan perkongsian bersama dengan jenama domestik. Dalam berita lain, Tesla telah pun kehilangan kedudukan teratasnya sebagai pembuat EV kepada BYD iaitu sebuah syarikat China.

    Laporan pendapatan yang dikeluarkan Tesla menunjukkan bahawa syarikat itu gagal memenuhi jangkaan pasaran untuk Q4 2023. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Inside EVs

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured