More

    Infinix AI Buds turut dilancar dengan “Hi Folax” dan terjemahan AI masa nyata, berharga RM399

    Selain memperkenalkan siri telefon pintar baharu seperti Infinix NOTE 50 Pro+ 5G, NOTE 50X 5G dan NOTE 50S 5G, Infinix turut melancarkan satu lagi produk inovatif dengan Infinix AI Buds. Menariknya, AI Buds ini dilengkapi dengan ciri terjemahan masa nyata yang menggunakan teknologi AI, menyokong sehingga 162 bahasa termasuk dialek seperti Hausa dan Swahili.

    Fon telinga ini dibina menggunakan teknologi CogLabs AI milik Infinix dan menyokong tiga mod utama terjemahan seperti Dialogue Mode yang sesuai untuk perbualan bersemuka dan Live Listening untuk menterjemah audio semasa menonton video atau sesi pembelajaran dalam talian. Selain itu, terdapat Recording & Transcription untuk merakam dan menyalin nota mesyuarat.

    AI Buds juga hadir dengan pembantu suara terbina, Folax, yang boleh diaktifkan dengan hanya menyebut “Hi Folax”. Ia membolehkan pengguna mengawal muzik, melakukan terjemahan atau tugasan lain secara bebas tangan. Kotak pengecas AI Buds juga hadir dilengkapi skrin sentuh pintar lutsinar yang membolehkan pengguna melaras bunyi, menukar lagu,malah mengambil gambar.

    Daripada segi kualiti audio, AI Buds menggunakan pemacu komposit AI 10mm, nisbah isyarat-ke-hingar tinggi (≥90dB) dan teknologi ANC + ENC hibrid untuk pembatalan bunyi sehingga 45dB. Ia turut dilengkapi dua mikrofon untuk komunikasi jelas dalam pelbagai suasana dan mampu bertahan sehingga 36 jam penggunaan.

    AI Buds boleh dibeli dengan harga RM399 menerusi kedai rasmi Infinix di TikTok Shop, Shopee dan Lazada serta di semua kedai jenama Infinix dan pengedar sah di seluruh negara. Lebih menarik, ia turut akan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian telefon Infinix NOTE 50 Pro+ 5G, selagi stok masih ada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Infinix AI Buds dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...