More

    Infinix akan mengumumkan tablet pertamanya, Infinix XPAD!

    Infinix dikenali sebagai jenama yang mampu menarik perhatian dengan produk, prestasi dan harganya dalam dunia teknologi. Sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan rangkaian produknya, Infinix telah mula membangunkan tablet pertamanya.

    Tablet pertama Infinix dengan nama Infinix XPAD telah muncul dalam pangkalan data Gizmochina. Nombor model Infinix XPAD ialah “X1101B”. Namun, butiran teknikal produk masih belum diketahui lagi. Tablet pertama Infinix mungkin akan mempunyai spesifikasi pertengahan dan sumber menjangkakan bahawa peranti ini tidak mempunyai ciri seperti peranti perdana.

    Ini selaras dengan strategi semasa Infinix yang menawarkan prestasi tinggi pada harga yang berpatutan. Tablet ini akan mempunyai sokongan Kad SIM. Ini boleh meningkatkan kebolehgunaan tablet dengan ketara.

    Langkah Infinix ini menunjukkan bahawa jenama itu bukan sahaja menfokuskan kepada telefon pintar tetapi juga mula memasuki segmen produk teknologi yang berbeza. Strategi dan harga tablet ini akan menarik perhatian pembeli tetapi Infinix masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi. Sama-sama kita nantikan kemunculan Infinix XPAD ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured