More

    Infinix anjurkan kejohanan Beyond Limits Championship dalam talian dari 20 Jun hingga 25 Jun 2023

    Infinix Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan kejohanan Beyond Limits Championship dalam talian dari 20 Jun hingga 25 Jun 2023 sempena pelancaran Infinix NOTE 30 Series.

    The Beyond Limits Championship merupakan kejohanan dalam talian yang berkisar tentang salah satu game terkenal di Malaysia, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Kejohanan ini memberikan peluang kepada gamer muda untuk memulakan cabaran dan meningkatkan kemahiran game mereka ke tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

    Anda perlu mengikuti beberapa langkah di bawah unruk menyertai kejohanan ini:

    Langkah 1: Komen “Kami sudah bersedia” dan tag rakan sepasukan anda pada siaran kejohanan di halaman Facebook Infinix.
    Langkah 2: Ikuti halaman Instagram dan Facebook rasmi Infinix.
    Langkah 3: Kongsi siaran dengan hashtag #GamingBeyondLimits untuk memastikan penyertaan anda.

    32 Pasukan akan dipilih secara rawak untuk menyertai pertandingan selama enam hari ini. Kejohanan ini menawarkan pelbagai hadiah eksklusif untuk pasukan yang menang termasuk hadiah utama hadiah wang tunai RM1,200 bersama lima unit NOTE 30 PRO dengan kotak hadiah tersuai.

    Untuk tempat kedua, mereka akan mendapat wang tunai RM1,000 dan hadiah tempat ketiga adalah RM800. Tambahan pula, jika pasukan yang menang mewakili kelab e-sukan sekolah mereka, mereka akan menerima hadiah wang tunai tambahan RM999. Semua yang telah mengikuti tiga langkah di atas akan berpeluang memenangi 500 unit berlian MLBB kerana 1-2 peserta dipilih secara rawak setiap hari semasa peringkat pengambilan.

    Peringkat pengambilan akan bermula dari 6 Jun hingga 18 Jun 2023. Ketahui lebih lanjut mengenai kejohanan ini di halaman Facebook, Instagram dan TikTok Infinix Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured