More

    Infinix buka Brand Store baharu di Sunway Wangsa Walk dengan jerayawara penuh ganjaran

    Infinix meraikan pembukaan Infinix Brand Store baharu di Lot No 1-08F, Sunway Wangsa Walk Mall menerusi End Year Penuh Bergaya Infinix Fair Roadshow ’25 yang berlangsung daripada 23 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026 di Ground Floor Court 3. Jerayawara hujung tahun ini mengajak pengunjung meneroka rangkaian produk terkini Infinix melalui tawaran perayaan menarik, pengalaman interaktif dan pelbagai ganjaran dalam suasana yang meriah dan bergaya.

    Sepanjang jerayawara, pelanggan yang membeli peranti Infinix terpilih akan menerima pakej hadiah eksklusif sempena promosi Krismas. Antara tawaran termasuk hadiah seperti jersi Infinix MPL, card holder, powerbank premium, sport Bluetooth headset, tumbler, tuala mandi, pembesar suara dan kotak edisi khas bergantung kepada model yang dibeli, merangkumi siri GT, NOTE, XPAD, HOT, ZERO dan SMART. Tawaran ini memberikan nilai tambah kepada pengguna yang ingin menaik taraf peranti mereka menjelang akhir tahun.

    Selain membeli-belah, pengunjung juga boleh menyertai Infinix Speed Run Time Attack Challenge, aktiviti mencabar berkonsepkan kepantasan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk barangan eksklusif Infinix, hadiah MLBB dan peluang memenangi telefon pintar Infinix sebagai hadiah utama. Dengan gabungan tawaran hebat, aktiviti menyeronokkan dan hadiah lumayan, End Year Penuh Bergaya Infinix Fair Roadshow ’25 menjadi destinasi ideal untuk menutup tahun dengan penuh gaya dan tenaga.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Infinix Malaysia di laman web, Facebook, Instagram dan  TikTok. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...