More

    Infinix dipilih sebagai peranti rasmi untuk MPL Malaysia 2025

    Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia bagi tahun 2025 menyaksikan kerjasama baharu antara MOONTON Games dan Infinix yang diumumkan sebagai rakan rasmi peranti permainan kejohanan itu.

    Infinix akan menjadi penaja rasmi untuk dua musim MPL Malaysia iaitu Musim 15 dan 16. Model Infinix GT 20 Pro dipilih sebagai peranti rasmi MPL MY Musim 15 dengan spesifikasi yang direka untuk meningkatkan pengalaman permainan mudah alih.

    Selain itu, Infinix juga diumumkan sebagai rakan rasmi pasukan Ocean Black yang dahulunya dikenali sebagai Miracle Gaming. Pasukan yang diasaskan oleh personaliti digital Bidin Al-Zaifa, bakal bersaing dalam MPL MY Musim 15.

    Infinix sebelum ini telah bekerjasama dengan pasukan Homebois sejak 2024 untuk membangunkan lebih banyak peluang dalam arena esports Malaysia. Dengan perkembangan ini, MPL Malaysia terus berkembang sebagai platform utama bagi bakat tempatan dalam industri permainan mudah alih.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kolaborasi dua pihak ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured