More

    Infinix GT 30 kini rasmi di Malaysia dengan Dimensity 7400, paparan AMOLED 144Hz berharga RM1,099

    Hampir setiap bulan, Infinix Malaysia akan melancarkan telefon baharu dan hari ini, mereka memperkenalkan telefon pintar gaming iaitu Infinix GT 30. Ia difokuskan kepada prestasi berkuasa, ciri AI pintar dan pengalaman permainan yang lancar.

    GT 30 dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7400 5G dan paparan 1.5K AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz. Bagi memastikan sesi permainan kekal stabil, ia dilengkapi sistem penyejukan 3D Vapor Cloud Chamber (3DVCC) dan sokongan GT Trigger iaitu butang bahu jenis kapasitif tersembunyi yang direka khusus untuk kawalan permainan.

    Sebagai tambahan, Infinix mengumumkan GT 30 menerima pensijilan High Frame Rate (HFR) untuk 10 permainan popular yang membolehkan pengalaman gaming sehingga 120FPS bergantung pada game yang dimainkan. Telefon ini menampilkan lebih 25 ciri berasaskan AI termasuk fungsi One-Tap Query, AI Erase, terjemahan masa nyata dan ringkasan panggilan automatik.

    GT 30 ditawarkan dalam tiga pilihan warna seperti Cyber Blue, Pulse Green dan Shadow Ash. Sempena pelancaran, setiap pembelian akan disertakan dengan GT Gaming Kit (terdiri daripada MagCase dan Cooling Fan) bernilai RM129, sementara stok masih ada. Ia boleh didapati mulai 11 September melalui Infinix Official Stores di Lazada, Shopee, TikTok Shop serta pengedar sah Infinix.

    Peranti ini ditawarkan pada harga RM1,099 dengan storan 256GB dan RAM 8GB (sehingga 16GB melalui pengembangan RAM). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured