More

    Infinix GT 30 Pro dan XPAD GT rasmi di Malaysia, peranti “gaming” bermula RM1,299

    Infinix Malaysia hari ini memperkenalkan dua peranti baharu khusus untuk peminat permainan mudah alih, iaitu Infinix GT 30 Pro dan XPAD GT. Kedua-dua peranti ini tampil dengan spesifikasi tinggi dan harga berpatutan, sekaligus mengukuhkan lagi penawaran jenama tersebut dalam segmen gaming.

    GT 30 Pro hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8350 5G (4nm) dan dilengkapi skrin AMOLED 6.78 inci 1.5K 144Hz, menyokong HDR, 10-bit warna serta pensijilan TÜV Rheinland untuk keselesaan mata. Baterinya berkapasiti 5,500mAh menyokong pengecasan 45W berwayar dan 30W wayarles manakala sistem kamera terdiri daripada kamera utama 108MP serta ultra lebar 8MP.

    Kamera hadapan menggunakan sensor 13MP. Fungsi AI seperti auto-loot, voice changer dan penghapusan objek turut disertakan bersama ciri tambahan GT Trigger (butang fizikal tambahan untuk gaming) serta mod prestasi XBOOST.

    Model GT Gaming Master Edition turut hadir dengan RAM tambahan sehingga 24GB serta aksesori MagCharge Cooler dan MagCase yang menyokong pengecasan serta penyejukan serentak dalam mod “Draco”. Ia ditawarkan dalam dua pilihan storan iaitu 12/256GB berharga RM1,299 dan storan 12/512GB (warna Dark Flare eksklusif) berharga RM1,499.

    XPAD GT pula merupakan tablet pertama dalam ekosistem GT VERSE yang dilengkapi paparan 144Hz, sistem bunyi 3D surround dan bateri 10,000mAh. Ia turut hadir dengan sistem penyejukan aktif dan ciri AI khas untuk pengalaman gaming yang lancar. Tablet ini akan mula dijual pada 24 Mei 2025 pada harga RM1,699 dan disertakan papan kekunci magnetik serta stylus bernilai RM599 secara percuma sementara stok masih ada.

    Infinix GT 30 Pro dan XPAD GT boleh didapati di kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee, TikTok Shop serta pengedar sah seluruh negara. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured